Tuesday, June 21, 2011

OVARIAN CYSTS

hehehehe..final exam utk intersesi dah pun habis tadi..ambil 1 subjek je, mmg la cepat habis..hehehe..seronoknye..tapi bile fikir pasal sem depan, terus jadi tak seronok..huhuhu..hmmm..xpe la..malas nak cerita pasal tu...nak cerita pasal something yg lebih berfaedah..

fulamak..kalau tengok tajuk, macam tak percaye je ni blog FATEN HAMIMA... hahahaha..kenape tetibe cakap pasal penyakit ni?nak jadi doktor ke? *excuse me...igt bakal engineer ni tak ambil tau pasal kesihatan ke? lagipun saya ni kan 'bekas bakal medical technologist'.. ;p)

ceritanya bermula macam ni, hari tu keluar dgn seorang teman...waktu lalu kat McD seksyen 3 *ye ke seksyen 3?belasah la* , yg dekat roundabout tu, tetibe dia cakap kat saya, "jgn makan McD selalu sgt tau..nanti kene cyst.." so saye pun macam pelik la kan...n dia pun bercerita dgn lebih lanjut... dia cakap, tunang kawan dia, yg juge merupakan seorang kenalan saye, baru lepas kene operate because of cyst ni.. dia cakap, doktor cakap, salah satu penyebab cyst ni ialah sebab selalu sangat makan McD...*banyaknye perkataan 'cakap' n 'sebab'...belasah je la lagi sekali...*n ade lagi sorang dia bgtau, kawan kepada abang n kakak ipar dia, pun dpt cyst gak n doktor pun cakap mende yang same...so, kawan2 saye yg saye kasihi sekalian, mulai hari ni, kite semua kurangkan makan McD ok..bukan tak boleh makan langsung, but sekali sekala tu boleh la...betul or tak McD yg sebabkan cyst ni bukan persoalannye ok...kalau tak betul pun, takde salahnye kite kurangkan makan McD..boleh jage kesihatan bcuz kite seme tau, fast food ni mmg tak berape elok kan...di samping itu juge, *macam skema je* kite juge boleh JIMAT DUIT..hahahahaha... *the phrase 'jimat duit' is not originally mentioned by me, ok*

tadi ade la search kat internet untuk mengetahui dgn lebih lanjut pasal cyst ni..n ade la jumpe beberape artikel n this is the summary....jom2 bace...

-----------------------------------------------------------------------------------------------
Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakan wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya kerana ia jarang memberikan simtom atau gejala.
Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidaksuburan anda.
Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur dan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah.

Jenis-Jenis Cyst

Terdapat beberapa jenis ovarian cyst yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakannya tidak memberikan kesan serius dan hilang dengan sendiri, tetapi ada juga cyst yang boleh tumbuh dan menjadi besar dan menyebabkan ketidakselesaan. Kadang-kadang cyst boleh menyebabkan anda sukar hamil.
Follicular Cyst: Ia terbentuk dari folikel yang tidak pecah dan gagal mengeluarkan telur. Folikel ini kemudiannya akan menjadi cyst. Ia adalah cyst yang paling kerap terjadi dan jarang memberikan masalah atau komplikasi.
Corpus Luteum: Corpus luteum cysts boleh terjadi selepas folikel pecah dan mengeluarkan telur. Selepas folikel pecah, lendir dan cecair terperangkap didalam folikel yang pecah tadi menyebabkan cyst terbentuk. Cyst ini selalunya akan hilang dengan sendirinya tetapi ia boleh menjadi besar dan memberikan komplikasi seperti pendarahan , pecah (burst) atau ‘twist’ dan ini akan menyebabkan kesakitan.
Endometriomas: Endometriomas adalah cyst yang terbentuk pada mereka yang mengalami endometriosis. Ia terbentuk apabila tisu endometriosis melekat pada ovari dan darah yang terkumpul setiap bulan akan membentuk cyst pada ovari. Ia boleh menyebabkan sakit semasa seks dan haid.
Cystademas: Cystademas adalah cyst yang terbentuk dari sel pada permukaan ovari yang tumbuh dengan sendirinya. Cyst ini selalunya dipenuhi dengan cecair mukus dan boleh menjadi sangat besar.
Dermoid Cysts: Dermoid cysts juga terjadi dari sel ovari yang boleh membentuk gigi, rambut dan tisu-tisu lain. Ia agak jarang berlaku tetapi boleh menjadi besar dan menyebabkan kesakitan sekiranya ‘twisted”.
Polycystic Ovaries: Terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepas telur, gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Kemudian, lebih banyak cyst-cyst ini akan terbentuk dan memenuhi ovari.

Siapakah yang berisiko untuk mendapat cyst ini?

Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.
Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.

Gejala Ovarian Cysts

Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Banyak kali ‘cyst’ dan ‘tumour’ pada kilang ovary dijumpai secara kebetulan, ketika wanita berkenaan sedang menjalani pemeriksaan untuk tujuan lain. Tidak ada tanda dirasai. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:
  • - Rasa perut penuh dan tak selesa.
  • - Rasa berat pada ari-ari.
  • - Sukar atau kerap buang air kecil.
  • - Muntah dan loya.
  • - Gangguan dalam pusingan haid seperti lambat atau tidak datang pada waktu yang di jangkakan, haid tidak teratur seperti diluar waktu haid atau ia datang sedikit sedikit tetapi berpanjangan. 
  • - Mandul atau kurang subur atau berulang kali gugur.
    - Sakit senggugut, sakit waktu persetubuhan atau sakit perut tanpa mengira masa.
    - Perut membesar tanpa hamil.
    - Putus haid pada umur yang muda (Premature menopause)
    - Dalam kes kanser ovary diperingkat lambat – hilang selera makan, susut berat badan, perut kembung, sakit pinggang dan letih lesu. 

Diagnosa

Diagnosa Cyst selalunya dibuat secara tidak sengaja, iaitu semasa pemeriksaan pelvis atau pemeriksaan faraj. Ovarian cyst dengan senang dapat di buat dengan mengunakkan mesin ultrasound, disamping itu, ultrasound juga boleh memberikan maklumat tentang saiz, lokasi dan kandungan cyst tersebut.

Ovarian Cyst dan masalah ketidaksuburan

Bagi kebanyakkan wanita, kehadiran cyst tidak banyak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil kerana ia selalunya kecil dan tidak akan menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekiranya anda mengalami endometriosis atau PCOS ia mungkin berkait rapat dengan masalah ketidak-suburan anda.

Rawatan

Bergantung kepada jenis cyst itu sendiri. Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk. Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita.

source:
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
okeh...so sekarang dah ade pengetahuan sikit kan pasal cyst ni..sape2 yang ade tanda2 mcm kat dalam artikel tu, cpt2 pegi check tau..hehehehehe...

0 comments: